Call/sms 019-7700554 untuk booking homestay - Pihak pengurusan RnZ Homestay

Jumaat, 5 September 2014

Idea hias rumah bajet

Semestinya semua orang mahu rumah yang bersih dan cantik. Siapa yang tidak mahu? Sifat manusia sentiasa mahu sesuatu yang cantik dan kemas, bahkan, interviewer pun mahukan sorang calon yang mempunyai ciri-ciri seperti kemas dan bersih. 

Seorang penggemar fesyen juga mahukan setiap baju dan tudung yang dipakai kelihatan cantik ditubuh mereka. Inikan pula kediaman yang kita tinggal setiap hati, sudah semestinya anda inginkan kediaman atau rumah yang bersih, kemas dan cantik


Idea menghias rumah bajet

Selain dari mengemas dan membersihkan rumah setiap minggu, menghias rumah juga perlu untuk menaikkan seri dan mencantikkan rumah. Kita yang akan tinggal di dalam rumah dan kita jugalah yang akan keluar masuk rumah tersebut. Cuba bayangkan seharian penat bekerja, balik kerja kene tempuh jem lagi, sampai rumah rasa nak marah bila rumah bersepah.

Anda tak perlu berbelanja banyak untuk menghias rumah, hanya sedikit saja modal yang digunakan. Surirumah, pekerja awam, cikgu, pekerja swata even student yang menyewa pun masih mampu untuk menghias rumah. Tak susah pun sebenarnya hendak mengemas rumah dan menghias rumah dengat bajet yang rendah. Anda cuma memerlukan idea sahaja.

Beberapa idea yang boleh di aplikasi:




Stiker hiasan dinding

Nah, tak perlu beli cat warna mahal2 untuk hias rumah, sebaliknya and boleh dapatkan stiker dinding murah-murah di pasaraya atau dikedai RM2. Banyak kedai barang perhiasan atau kedai hadiah yang comel-comel yang menjual stiker dinding ini.  


idea hias rumah bajet
idea hias rumah bajet
idea hias rumah bajet


Pemilihan tema warna

Tak perlu perhiasan yang mewah, cukup sekadar anda pandai memain warna pada ruangan di dalam rumah. Naik seri rumah. Juga tak perlu banyak perabot untuk kelihatan cantik, cukup sekadar yang bersesuaian dengan ruang yang sedarhana.

idea hias rumah bajet
idea hias rumah bajet
idea hias rumah bajet




Itulah beberapa contoh idea menghias rumah dengan bajet rendah. Untuk daptkan idea yang banyak lagi, bolehlah merujuk di SINI. Semoga ianya membantu anda sumua mendapatkan idea menghias rumah dengan cantik dan bajet rendah.

Semoga berjaya!




p/s: illustrasi hias rumah bajet diambil dari google.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RnZ Homestay tidak akan bertanggungjawab terhadap mana komen yang ditinggalkan yang mempunyai unsur hasutan, sentuh sensitiviti masyarakat, lucah dan bahasa kesat.

Teirma kasih kerana sudi tinggalkan komen :)