Call/sms 019-7700554 untuk booking homestay - Pihak pengurusan RnZ Homestay

Rabu, 8 Oktober 2014

kesesakkan jalan raya dan public transport


Sedih sekali membaca berita eksiden yang membabitkan 2 treler dan 6 buah kereta selepas terowong menora masa raya haji hari tu. ada saksi mengatakan bahawa salah satu treler itu mengalami kegagalan brek untuk berfungsi.

Pada hari yang sama juga saya dan keluarga dalam perjalanan balik ke kampung dari skudai ke muar. terdapat kemalangan berlaku menyebabkan kesesakan. kemalangan telah menutup satu lorong dan trafik mulai perlahan sehingga tidak bergerak.

dalam pada itu saya bertanya pada ayah, "hari raya bukan ke treler tak boleh gune highway?". "Masa hari raya puasa je ada peraturan macam tu..."kata ayah. "hmm... patut la jem semacam je. balik raya puasa pon xjem macam ni" kata aku dalam hati.

Punca kesesakan di lebuh raya pada waktu raya:

  1. pemilikkan kereta semakin banyak
  2. public transport tidak reliable (tempoh perjalanan & keselamatan)
  3. kemalangan 
  4. balik ke kampung pada waktu yang sama



    public transport | sakinhani | illustrasi diambil dari malaysiakini


    Public transport masih tidak reliable

    Bukannya tidak ada public transport, ada tapi masih tidak reliable. ada 2 faktor yang menyokong bahawa public transport di negara kita masih tidak reliable.

    isu keselamatan - banyak kemalangan yang melibatkan bas terutamanya bas express. kemalangan seperti ini bukan sahaja berlaku kepada penumpang warganegara malah kepada penumpang pelancong asing. ini sekali gus membawa imej buruk kepada negara. alangkah baiknya pemandu bas dikenakan prosedur yang sama seperti seorang pilot untuk menerbangkan kapal terbang. mungkin ini dapat meningkatkan kualiti dan keselamatan penggunaan public transport.

    tempoh perjalanan - tempoh perjalanan kereta api yang lama. disebabkan bas ekspres dengan isu keselamatan yang masih ditahap tidak meyakinkan, kereta api menjadi pilihan kedua. tetapi kereta api mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi. tambahan sistem rangkaian pengankutan rel semenanjung malaysia ini 80 peratus masih menggunakan satu rel. Jadi hanya satu kereta api sahaja yang dapat melaluinya dalam satu-satu masa. Setakat ini hanya seremban-ipoh sahaja yang mempunyai dua rel. sumber statistik pengankutan Malaysia 2012 


    Pemilikkan kereta semakin banyak

    ya, banyaknya skim belian kereta menawarkan zero bayaran muka, skim belian kereta untuk pelajar atau lepasan ijazah meningkatkan kuasa membeli. jadi tidak hairanlah bilangan kenderaan semakin meningkat dijalan raya saban hari manakala kapasiti lebuhraya, jalan persekutuan, dan jalan bandar masih sama.

    Kemalangan

    seperti sedia maklum, asal ada berlakunya kemalangan mesti jem! ini tak dapat disangkal lagi. saya sendiri dah banyak kali mengalaminya baik di lebuh raya atau dijalan-jalan persekutuan. Semuanya pun pakat meninjau2 bila ada kemalangan berlaku menyebabkan kesesakan lalu lintas. orang yang first skali terlihat kemalangan, jika kemalangan tidak berapa kritikal teruskan sahaja pemanduan. jangan ditenung lama-lama. tindakan anda boleh menyebabkan kesesakan sehingga berbatu jauhnya. 

    balik ke kampung pada waktu yang sama

    ya. bayangkan disekolah jika semua kelas berehat pada waktu yang sama, pasti sesak dikantin. sebab itu dibuatkan jadual pelajar darjah 4 dan 5 waktu rehat pukul 10-10.15pagi manakala darjah 6 berehat pada waktu 10.15-10.30pagi. 

    begitu juga dilebuhraya, pihak plus mewujudkan jadual perjalanan untuk balik ke kampung supaya kesesakan jalan raya dapat dikurangkan ketika musim perayaan. memang tidak semuanya dapat mengikuti jadual yang disediakan memandangkan setiap orang mempunyai jadual harian yang berbeza-beza tetapi selagi boleh cubalah untuk mengikuti jadual plus tersebut.

    antara ke-empat2 punca kesesakan jalan raya, hanya jadual perjalanan balik kampung ini sahaja yang dapat kita kawal sebagai rakyat. Selain daripada itu,  diluar kawalan kita. ingat tu!

    Faktor utamanya adalah public transport. Jika kerajaan mewujudkan sistem public transport dalam bandar dan antara negeri yang selamat, cepat,  dan dapat tampung keperluan rakyat yang ramai, semua masalah akan selesai. rakyat tidak perlu susah-susah tanggung hutang kereta bertahun2, tak perlu pakai minyak dan dapat jimatkan minyak dalam negara, tak perlu hari-hari tempuh jem, jalan tak sesak dan tak perlu lebarkan jalan, pencemaran udara dapat dikurangkan, dan bila kenderaan kurang dijalan raya bermakna kemalangan juga akan berkurangan insyaallah.

    key pointnya adalah public transport!

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    RnZ Homestay tidak akan bertanggungjawab terhadap mana komen yang ditinggalkan yang mempunyai unsur hasutan, sentuh sensitiviti masyarakat, lucah dan bahasa kesat.

    Teirma kasih kerana sudi tinggalkan komen :)